second and third semester results

Friday 16 February 2018

Salam.


Aku dah jawab salam uitm kat email 📧 Korang dah jawab ke belum? Huhu nervous beb. Menggeletar satu badan. Hanya mampu doa je moga Allah beri yang terbaik. 

Kalau ada yang selalu tengok blog aku ni, bila baca title post ni confirm laju je kan click. Hihi mesti nak tahu. Jangan lah excited huhu korang akan kecewa sebab result aku tak gempak mana. Masa result semester 1 dulu aku dengan beraninya tunjuk sebab 1) tak ada siapa yang baca blog aku ha yelah followers dulu 1 je haha 2) result aku kira okay lah ha boleh lah 💛 tapi still nak letak juga as a post sebab ni diary aku kan so later bila dah semakin tua aku boleh lah tengok balik. Sebagai pembakar semangat also. 

Tepat pukul 12 am, aku terus check email. Dah berminggu aku tunggu and finally the day has comes. Tunggu dan tunggu sampai lah pukul 12.30 am tapi still tak dapat satu email pun. Gelabah biawak aku dibuatnya. Check students portal balik, kot kot lah ada something yang aku lupa bayar. Hutang uitm ni jangan dibuat main. Haha. All checked, semua bil dah settle ✅ Hmm tapi kenapa still tak keluar lagi eh result? Lepas tanya housemate yang mpp rupanya pihak pengurusan send email secara berkala (itu ke ayat yang betul haha main hentam je) start from degree to diploma. Ha yelah, ramai kan budak uitm kat Malaysia ni. Tapi dia ada suruh aku download 2 apps yang boleh tengok result right away. Apa lagi, dengan sepantas kilat aku download. My third semester's goal adalah deanlist dengan harapan pointer sem lepas yang dah jatuh tergolek tu naik lah sikit 📈 

Sambil selawat, aku masukkan nombor kad matrik dan password dalam UiTM Digital Campus app and direct to iStudent app. Click "Exam result". Lup dup lup dup. Laju gila jantung ni berdegup. Tutup mata sekejap sambil scroll kebawah. Buka mata dan tengok. Lama juga aku perhati result aku tu. Dalam hati "Bersyukur lah Aida, you did well. Mungkin itu yang terbaik. Bersyukur pada Allah" tapi aku masih rasa sedih. Adakah itu tanda aku hamba yang tak bersyukur? Allahu, ampunkan daku ya Rabb 😖 Aku menangis dan menangis. Bila dah berhenti, aku rasa lega sikit. Tapi perasaan sedih tu masih ada. Dan berlarutan sehingga keesokan harinya. Tapi aku still cakap kat diri aku untuk tak lupa bersyukur dan berterima kasih pada Allah 💖 

Ha panjang lebar dah kan, mari lah sama sama merenung result ku yang tak seberapa. Berani mati betul tunjuk result exam kat sini. Huhu dah lah tak gempak (yang dapat dekan dan four flat tu mohon jangan gelakkan) 

Result sem 2 iaitu zaman kegelapan dan kejatuhan aku
Boleh nampak ke tu hihi 

Result sem 3 hurm naik sikit lah 0.2 huhu tapi cgpa turun by 0.01

 So yezz itu lah result aku. Pelik juga sebab nak dibandingkan dengan semester lepas, aku langsung tak tengok drama-drama baru and sepanjang semester 3 ni cuma 2 movies je yang aku tengok (serious!) tapi tulah mungkin sebab aktiviti banyak sangat kot aku join. Huhu total jam aktiviti sepanjang semester 3 aku ialah 77 jam ⏰ Feel kinda proud a lil bit ha yelah banyak gila do 😊 Tapi masa yang aku spend untuk belajar tu ha ye aku mengaku memang kurang nak dibandingkan dengan semester 1. Malu lah aku dengan kawan-kawan yang lain especially exco perempuan Sophys. Diorang semua terel gila, result dari semester 1 memang gempak 😞 Moga semester 4, Nurul Aida binti Kapli boleh dapat yang lebih baik, Amin 💪 #fightingdearself

Comments

  1. Banyaknya credit hrs sem dua aida 😱

    chaiyyok next sem haha! Eh dh start kan sem ni, good luck 💪🏻😁

    ReplyDelete
  2. Congrats for your result! My exam result for the first semester wasnt what that I expected for too but nonetheless, Alhamdullilah, lets both of us strive harder for the this semester :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, goodluck Aina for the new semester :)

      Delete
  3. its okay my dear , as long tak bawah 3.0 tu dah okay, and keep fighting jangan putus asa boleh baiki lagi result next sem ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Anis for those kind words :")

      Delete