Thursday 25 May 2017

a new look

Salam.



I changed my skin template and do some editing work to make it looks better than before. I worked on it since yesterday. Gosh, it was not easy for me. I used to be a Pro in editing when I was in Form 2 but that has been ages and all my skills had rusted already. How's my work? Is it okay? Or not? 

I also changed the blog title banner 💖 I love this new one because it looks classy, just like me 😋

Tuesday 9 May 2017

sel otak

Salam.

Jari jemari sibuk nak menekan keyboard phone dan laptop untuk menulis. Dalam memo phone, dah berpuluh ditulis. Tapi, tak sampai separuh ayat, semuanya terbiar mati tanpa khabar. Mati kutu, sel otak tak mahu berhubung macam dalam iklan susu Anmum. Aku hampir mati kebosanan terutama sekali 2 minggu pertama lepas habis final exam. Krisis dan masalah paling besar sebab tak tahu nak buat apa. Ramai suruh pergi cari kerja, cari duit. Kerja, siapa yang tak nak. Tapi, Mama yang tak bagi. Aku bukan lah seketul budak pemalas yang hanya nak duduk tergolek goyang kaki sambil kunyah keropok dalam mulut. Amboi amboi amboi.

Mama masih dengan keinginannya yang nak aku belajar driving. Gosh, that's the last thing I want to do in my life 😢 Tak pernah rasa discourage untuk belajar sesuatu sebelum ni. Even course pilihan Mama diploma farmasi yang susah itu pun aku masih boleh terima. Drive kereta, uwah nampak cool gila, macho tapi hakikatnya dimata aku still nampak menakutkan 😨 Accident 2 tahun lepas, masih segar rasa macam baru semalam. Ketaq lutut ceqqq! Abah pulak as always, tak pernah mendesak dalam apa hal sekali pun. Dari nak beli barang, kalau aku tak nak makan dan sampai lah nak ambil course apa untuk belajar. Aku harap pilihan calon suami pun Abah tak desak keh keh. Tapi, kalau Lee Dongwook atau Kim Woobin atau Kang Haneul lah sebagai calon suami tu, Abah nak paksa atau nak desak sungguh sungguh sekali pun aku tak kisah 😂😂😂 Aku rasa ayat nak kahwin dengan mamat Korea dah lali kot kat telinga Mama, Abah, Adik. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri jelah. Bila aku mula buka mulut bercerita kisah dongeng, konon nya:

Pada suatu hari, Aida pergi bercuti di Korea. Ketika berjalan melihat keindahan sekitar, Aida terlanggar seorang lelaki yang tinggi lampai. Kedua biji mata Aida, memerhati wajah lelaki itu. Putih mulus kulitnya, kurus, dengan gaya fashion paling aku suka, bad boy style. Mula lah bait bait cinta disitu, bentuk 💖 seakan akan terkeluar dari biji mata.


Aku tak boleh nak teruskan hikayat dongeng tu lagi. Rasa geli. Euwww rasa nak muntah hijo.

At the end, aku pergi jugak lah kursus driving tu for 6 hours. Kelas pharmacology kat dk pun paling lama 2 jam, itu pun tak tahan. Apatah lagi 6 jam aigoo mengantuk dan bosan sungguh. Tapi bertekad nak habiskan cepat sebab makin lambat dapat driving license, makin lambat aku kerja, makin lambat dapat duit, makin kepishangan dirumah sambil golek golek atas lantai sambil tengok tv dan scroll screen handphone. Bila aku mula start sambung belajar Korean, siap semangat dengan notebook dan pen kat tangan, Mama mula buka mulut marah suruh habiskan baca buku 'Kurikulum Pendidikan Pemandu Kelas D Manual'. Ok aku surrender, cakap ibu, mana pernah dan tak akan pernah kalah.


Sekian, will be back soon.